Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana hasrat dan wawasan Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium untuk
Membina forum rasmi sekolah telah terhasil.Untuk makluman semua,Forum ini dibina khas untuk para pelajar
Berkomunikasi secara online.Kegunaan forum ini termasuklah untuk pelajar mahupun bekas pelajar mengetahui
Berita-berita terkini samaada berita tentang sekolah atau luar.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa Forum ini telah menjalani proses percubaan selama sebulan oleh
Pegawai tinggi forum(Ketua Admin)dan Bekas Pegawai Teknikal Forum(Rakan Elite) demi menjaga kualiti
Forum berkenaan.Semua Struktur dan sukatan forum ini telah memenuhi dan menepati kehendak Jabatan Pelajaran Teknikal,seperti berita/informasi,peraturan forum dan pelbagai lagi.
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan dunia pendidikan,Pegawai Forum telah mengambil langkah
Berjaga-jaga agar forum ini selamat digunakan untuk semua pelajar @ bekas pelajar Sekolah Menegah Teknik Jalan Stadium.
Perluasan pengunaan internet dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bertujuan bagi mempercepatkan hasrat kerajaan mencapai matlamat pendidikan berkonsepkan e-learning tanpa membelakangkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tinggilah harapan dan keyakinan agar akses forum ini dapat melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan Jasmani,serta produktif dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa, dan Negara serta tidak lupa juga kepada diri pelajar sendiri.
Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Teknikal Forum,pegawai atasan kawalan forum,pegawai kawalan forum dan bekas pegawai teknikal forum yang telah dilantik khas bagi merealisasikan pembinaan forum ini.Semoga tradisi dan benih penulisan ini akan terus bercambah dan hidup subur pada masa akan dating.
Selamat maju jaya.
...
MUHAMMAD HAZIM BIN NOVSHAM
Ketua Pegawai Tinggi Forum
Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium
» Chat Room [2]
» Three Word Only!(sambung perkataan)
» Sembang-sembang
» Music Section...
» sekolah kita
» Tagged Forum Users
» Friendster Forum Users
» KATA PENGHANTAR