Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium

Sistem Register Kami Telah Dibaik Pulih.Harap Maaf Diatas Semua Kesulitan.

Teknik Jalan Stadium Oficcial Forum


    Cerita Lawak

    Share

    Guest
    Guest

    Cerita Lawak

    Post by Guest on Sat Jun 07, 2008 10:01 pm

    TERBALIKKAN UNGKAPAN CINTA..

    Saat indah awal perkahwinan..

    Teruna:Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama...

    Dara:Apakah kau rela kalau aku pergi??

    Teruna:Tentu tidak!!Jangan sesekali kau berfikiran begitu...

    Dara:Apakah kau mencintaiku?

    Teruna:Tentu!Selamanya akan tetap begitu...

    Dara:Apakah kau pernah berlaku curang?

    Teruna:Tidak!!Aku tidak akan melakukan perkara seburuk itu...

    Dara:Mahukah kau menciumku?

    Teruna:Ya..

    Dara:Sayangku...


    Sesudah 5 tahun perkahwinan...

    SEKARANG..SILA BACA DARI BAWAH KE ATAS

    Guest
    Guest

    Re: Cerita Lawak

    Post by Guest on Mon Jun 16, 2008 5:39 pm


    Kisah Tiga Orang Gila...


    TERDAPAT 3 org gila dalam satu intitusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari
    Junior, Senior dan Veteran... disusun ikut jangka masa di institusi tu...

    SATU hari doktor yang merawat mental mereka ni nak buat post mortem
    keadaan
    mereka. Maka sorang2 dipanggil.

    JUNIOR org pertama... doktor tu memberi situasi. "Kamu, kalo dihantar ke
    padang pasir... apa benda paling penting dibawa bersama?" JUNIOR berfikir
    seketika..."Padang pasir panas..." Doktor angguk..."Ada harapan nak
    dilepaskan ni..." hati doktor berdetik. "Jadi saya nak bawa air...haus
    kalo
    duduk sana..." Doktor tu sangat senang hati mendengar jawapan JUNIOR...

    Kemudian, dia memanggil lagi SENIOR pulak... Soalan sama ditanya oleh
    doktor
    tu..."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." SENIOR berkata setelah
    berfikir panjang..."Ya!" Jawap doktor tu penuh semangat."Gitu, saya nak
    bawak kipas, mesti berpeluh betul tu kat sana!" Doktor tu puas hati dengan
    jawapan yang diberikan...

    Kemudian, VETERAN pula dipanggil..."Awak dah lama benar di sini kan?" "Ya,
    tuan doktor" jawab VETERAN selamba..Kemudian doktor tu ajukan soalan sama
    seperti dua rakan VETERAN sebelum ni..."Oh, padang pasir, memang panas
    betul
    sana..." VETERAN tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan
    selamba ja. "YA!" doktor tu cukup senang hati, dalam fikirannya pasti
    VETERAN ni dah sembuh, boleh dilepaskan pada bila2 masa ja... "Kalo gitu,
    saya rasa... Nak bawak pintu kereta..."

    Tersentak seketika doktor tu mendengar jawapan VETERAN "KENAPA PULAK NAK
    BAWA PINTU KERETA KE PADANG PASIR?????" VETERAN tu, dengan penuh yakin
    menjawab, "Kerana, kalo panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta.
    masuk
    angin sikit!"


    Guest
    Guest

    Re: Cerita Lawak

    Post by Guest on Wed Jun 18, 2008 6:42 pm

    Pari-Pari

    Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

    Suatu hari,ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

    Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.

    "Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari.
    "Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas. Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
    "Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
    "Bukan yang ini",jawab si pencari kayu.
    Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.
    "Err..mungkin yang ini?" duga pari-pari.
    "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini",jawab si pencari kayu jujur.

    Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu,maka pari-pari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.

    Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali. Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa si pencari kayu.Dengan nada sedih beliau berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".

    Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya Siti Nurhaliza.

    "Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
    "Yes..yes",jawab si pencari kayu.
    Pari-pari begitu marah, "Penipu,pembohonggg....,nah terima baaa...", belum sempat pari-pari habis menyumpah,si pencari kayu berkata,
    "Maafkan hamba!Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah faham".
    "Jikalau hamba berkata 'TIDAK',tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Nasha Aziz. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak maintain semua tu...boleh tercabut kepala lutut.. .Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas.

    Pari-pari pun pergi dari situ dengan penuh tanda tanya!!!

    Guest
    Guest

    Re: Cerita Lawak

    Post by Guest on Wed Jun 18, 2008 7:13 pm

    ANNIE BUDDY ? ANNIE WAN ? NOE WAN ? SUM BUDDY ?

    Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

    Mr Sori : Yes u could speak to me.

    Lee Sum Wan : No, i want to speak to Annie Wan!

    Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

    Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

    Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats
    this
    urgent matter about?

    Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was
    involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being
    sent
    to the hospital. Right now Avery Wan is going
    to the hospital.

    Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the
    hospital from the accident that is'nt an urgent matter! You may find this
    hilarious but i dont have time for this!!!

    Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

    Mr Sori : Im Sori.

    Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

    Mr Sori : Im Sori!!

    Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give
    me
    your name!

    Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI!!!
    you
    didnt even give me your name!

    Lee Sum Wan : I told u before i'm Sum Wan! Sum Wan!!! You better be
    careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position
    in
    the company. He is Noe Buddy.

    Mr Sori : Oh i'm so scared(sarcastically). Look i dont care about yr
    uncle
    he's a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important
    position in the company.

    Lee Sum Wan : No, Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy
    doesn't
    work there.

    Mr Sori : Like i said i dont care which one of yr aunt screws everybody
    and
    i also know that not everybody works here! Jeez!!!

    Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

    Mr. Sori : I don't know which one is yr sis! Why in gods name u think i
    do!?
    Look i got work to do and if i'm feeling mischievious i'll broadcast it
    on
    the P.A system saying.

    "Attention, someone called and said that anyones brother just got
    involved
    in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent
    to
    the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father
    maybe a somebody but if u're their uncle, u're a nobody. how bout
    that!?"

    Toot....Toot....Toot...............

    Guest
    Guest

    Re: Cerita Lawak

    Post by Guest on Fri Jun 20, 2008 12:43 pm

    Surat buat anak abah yg blom lahir lagik... Razz

    anak abah,
    abah tulis surat nih mase nko blom lahir lagik. abah pon kompius nak soh nko panggil abah ni abah ke ayah ke papa ke daddy ke... tapi lantak la. abah bahasakan diri abah dulu la yerk nak?
    masa nko memula tumbuh lam perot mak nko nih ha. abah eksaited giler nko tau tak.
    maklom la lame dah abah nunggu sejak abah pk yg abah takmo anak lagik takut abah nampak tua. lagipon abah rase tak macho bila laki ensem yg gagah perkasa cam abah nih dukong anak hiks.

    kadang˛ bila mak nko montah˛ pening loya nak itu nak ini.
    abah rimas beno nko tau tak?
    abah rase nak sekeh˛ jerk nko.
    rimas abah nko tau tak hiks...
    mak nko lak ngengade nak itu ini tengah˛ malam merengek huh!
    kengkadang abah ngah tido kol 3 pagi mak nko soh abah pegi 7eleven beli asam kecot.
    walaupon 7 eleven 24 jam tapi abah sangat arh tensen idop cenggitu.
    memula jerk abah leh layan lelama abah nyampah! ptoih!

    pastu masa nko dah besor sikit.
    perot mak nko pon besar gak.
    mase tulah mak nko ngidam benda˛ merapu.
    dia nak abah bawak dia jalan˛ je takmo dok umah.
    abah memang tensen nko tau tak...
    abah rase ilang macho abah bawak pompuan ngandong perot besor.
    tapi tu tak bermakna abah takde sifat kebapaan.
    abah sangat rase syok gile bile mak nko ngandongkan nko.
    tapi tu arh cam abah cakap tadik.
    abah hambik masa sikit nak bagi nko idop lam perot mak nko untuk tempoh 9 bolan nih.
    nko pon dah nak lahir dah nih...
    abah redha jelah...

    nebes dan eksaited abah makin bertambah.

    esok due date nko nak.
    adui la saspen seh abah gini!
    seblom nko kuar esok, abah tulis surat nih nak gitau nko bahawa kehadiran nko nih mendebarkan abah.
    abah cuak giler nih nak sambot nko esok...
    kalo bulih abah nak tunda sket kelahiran nko...
    minggu depan ker
    bolan depan ker...
    tahun depan ker...
    bulih tak nko kuar lambat sket? abah cuak arh hiks...

    dari abahmu…

    Guest
    Guest

    Re: Cerita Lawak

    Post by Guest on Wed Jun 25, 2008 3:37 pm

    Kisah Dua Orang Member

    Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab.Sorang bernama Joey dan yang sorang tu bernama Tony.Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.
    Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu.Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Joey berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.
    Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam....apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Joey ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh,nasib baik tak lemas.Memandangkan Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Joey dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka.
    Keesokan harinya Si Joey telah dikerahkan menemui orang atasan.Kira pegawai ler tu.Apabila melihat wajah Si Joey beliau ! ! ! ! ! ! ! ! ! mula berkata," Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak.
    Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras.Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri.Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.
    Dengan muka selamba Si Joey pun menjawab, Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".



    Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...


    Last edited by apricot on Thu Jun 26, 2008 6:56 pm; edited 2 times in total

    Guest
    Guest

    Re: Cerita Lawak

    Post by Guest on Tue Jul 01, 2008 7:53 pm



    Kisah A


    Kisah ni berlaku dalam kelas aku yang masih mengajar ABC..masa ni
    aku masih praktikal mengajar... bakal guru. Hari tu juga, pensyarah
    datang nak menilai aku mengajar budak-budak tahun satu.

    Ketika di akhir sessi pengajaran...aku mengarahkan murid-murid
    membuat latihan ( MELUKIS )atau ape-ape je... Ape lagi...Bising lah
    budak-budak tu... Dengan suara tinggi..nada marah...

    "MURID-MURID, MELUKIS TU GUNA TANGAN...BUKAN MULUT!!!"

    Aku cuba mengawal keadaan, tiba-tiba sorang budak ni jawab...
    "Cikgu, saya tengok dalam televisyen ada orang lukis guna mulut
    cikgu!, guru dia orang tak marah pun". Aku nak jawab ape ha???
    Pensyarah aku yg dok kat belakang kelas tu,senyum je...


    Last edited by apricot on Tue Jul 01, 2008 10:44 pm; edited 3 times in total

    Guest
    Guest

    Re: Cerita Lawak

    Post by Guest on Fri Jul 04, 2008 2:14 pm

    Kisah B

    Kisah ni terjadi waktu aku mula-mula masuk keje dulu..waktu tu aku
    menunggu supervisor aku di kantin pejabat..untuk di berikan taklimat
    kerja...

    Tunggu punya tunggu supervisor aku pon datang dengan seorang
    Bangladesh...dan sesi taklimat pon bejalan dengan lancarnya...Pada
    hemat aku mestilah si bangla nih akan menjadi orang bawahan aku
    (yelah mana tau ek...) Tapi sangkaan ku meleset ruper-rupa nya
    dialah senior yang akan menilai aku nanti...

    Di akhir taklimat itu (sebelom bersurai) barulah supervisor aku tu
    memperkenalkan aku pada si bangla tadi...

    Bos aku cakap pada si bangla tu "Ni kamil,dia ialah pekerja syarikat
    kita yg baru...". Pastu si bangla tu pon menghulurkan tangan sambil
    berkata "syabas.." aku dengan sopannya pon menjawab balik "thank
    you..."(tapi aku tengok muka dia semacam pelik).

    Sewaktu nak besurai tu supervisor aku berkata kepada si bangla
    tadi "Syabas..u tolong tunjuk-tunjukkan kawasan sekitar pada Kamil
    ye..." aku pon aper lagi,tekejut becampor malu la...ruper-rupa nya
    nama dia Syabas, bukan ucapkan syabas(tahniah) kat aku
    tadi...malunya aku....

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Sat Jul 05, 2008 9:55 pm

    Kisah C

    Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana,
    namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan
    sangat disayanginya.

    Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat
    cerewet sekali.

    Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap
    dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak
    mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya
    itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda
    supaya meninggalkan isterinya itu.

    Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir
    bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

    Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di
    tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda
    melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-
    pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi
    itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

    Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang
    hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa
    celoteh isterinya.

    Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa
    dengan kesunyian.

    Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali
    menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak
    menyuruh isterinya naik.

    Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan
    makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah
    makhluk penunggu perigi buta itu.

    Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

    Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku
    takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak
    tu..."


    Last edited by rapunzel on Tue Sep 02, 2008 5:35 pm; edited 1 time in total


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Mon Jul 07, 2008 9:28 pm

    Kisah D

    Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu
    bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni
    suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya
    tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang..
    majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas
    baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

    One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover
    tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan
    siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah
    UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru
    buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..

    " Amer.. nok ujang.."

    "Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.

    "Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.

    " Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat
    hang laa!" panas sikit Amer.

    "Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.

    "Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat
    aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"

    Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

    "Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi
    basoh.." kecut jer Abu jawab..

    Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun
    basah kembali.


    Last edited by rapunzel on Tue Sep 02, 2008 5:38 pm; edited 1 time in total


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Wed Jul 09, 2008 6:33 pm

    kalau anak dan bapak kreatif...?

    Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

    Ayah,
    "Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya."

    Salam dari anakanda,
    Sarip.

    p/s;
    Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.

    ................................................


    Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

    Untuk Sarip,

    "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

    Dari Ayahmu.


    _________________

    wafa
    saya top spammer xD
    saya top spammer xD

    Female
    Number of posts : 610
    Age : 25
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-06-02

    Re: Cerita Lawak

    Post by wafa on Thu Jul 10, 2008 9:45 pm



    Dialog Dua Hantu


    Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka
    pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai
    hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis
    menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

    "Apsal kau ni asyik menggigil je?"

    "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

    "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

    "Kau
    memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
    tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu
    B.

    "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

    "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

    "Camni..Aku
    syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak
    perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park
    keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk
    sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase
    sesuai tangkap diorang."

    "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

    "Tak.
    Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
    masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
    isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah
    aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun...
    Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
    jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
    kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

    Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

    "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

    wafa
    saya top spammer xD
    saya top spammer xD

    Female
    Number of posts : 610
    Age : 25
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-06-02

    Re: Cerita Lawak

    Post by wafa on Thu Jul 10, 2008 10:01 pm

    ada lagi 1 kisah...sweet 17...


    Ada seorang anak bertanya pada ibunya. “Bu, sweet seventeen nanti boleh
    sambut birthday di rumah tak ?Boleh…boleh. .biar nanti ibu siapkan.”

    Anak itu kembali bertanya, “Bu,…majlis sweet seventeen nanti boleh jempunt
    kawan2 tak ?”. Yahh,
    boleh,bila lagikan, pikir ibunya, “Boleh boleh..nanti ibu urus jemputannya”

    Anak itu bertanya lagi, “Bu.., bu…boleh pake baju baru gak?.. “Yah, hanya
    sekali ini dia bisa sweet seventeen, pikir ibunya, “Boleh…boleh,nanti ibu
    belikan”

    Pada hari ulang tahun ke 17 itu, majlis dirayakan dirumahnya, kawan2nya
    sudah datang.. Anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya sama
    ibunya.

    “Bu..bu, boleh pakai lipstick tak?”

    “tak boleh!” kata ibunya

    “Ah..ibu, ini kan cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick
    je tak
    boleh..” rengek anaknya.

    “tak.! kamu boleh bikin majlis, kamu boleh jemput kawan2 kamu, kamu boleh
    pakai baju baru, tapi kamu tak boleh pakai lipstick”

    “Boleh lah Bu………, please…..” , rengek anaknya lagi.

    “fadzli !!!!! teriak ibunya .

    “TIDAK BOLEH”, demikian si Ibu menjerit

    patut lee lelaki daaa

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Sat Jul 12, 2008 6:47 pm

    Temubual Exclusive...

    Temubual exclusive seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri...


    Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

    Pakcik : Boleh aje...


    Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?


    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"


    Pemuda : Yang putih.


    Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari.


    Pemuda : Yang hitam?


    Pakcik : Yang hitam pun sama...


    Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?


    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?


    Pemuda : Yang putih?


    Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.


    Pemuda : Dan yang hitam?


    Pakcik : Yang hitam pun sama...


    Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?


    Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?


    Pemuda : Yang putih?


    Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun.


    Pemuda : Dan yang hitam?


    Pakcik : Yang hitam pun sama...


    Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam,padahal jawapan semuanya sama aje?


    Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.


    Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?


    Pakcik : Yang hitam pun sama.


    _________________

    tester
    =no0B=
    =no0B=

    Female
    Number of posts : 71
    Age : 27
    Location : eEeEp0oOh
    heroes : raihan =P
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-06-02

    Re: Cerita Lawak

    Post by tester on Sun Jul 13, 2008 7:45 pm

    warning:

    Never Deleted Your Own Post!
    or else u i will get 2 profile infraction!

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Mon Jul 14, 2008 11:15 pm

    Cinta Yang Tak Kesampaian

    Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu.. Macam nama gangster.. Tapi,apa nak buat dah memang nama aku gitu,bersyukur ajelah.. Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa.

    Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra. Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang. Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku. Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.

    Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalan raya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..

    Sekarang aku sudah remaja heheh.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang.. Nurlida namanya... orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun.. ahhhh.. Kira perfectlah !! Comei lote,kata oghe Kelate..

    Hai kalaulah aku dapat dia.. Tentu kawan-kawan aku jealous.. Tapi
    masalahnya itulah.. Dia tu anak Pak Mat!! Jadi, terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini.. Sekadar menumpang.. Kajang pak malau kajang berlipat.. Kajang hamba mengkuang layu.. Dagang tuan dagang bertempat.. Dagang hamba musafir lalu.. Hai sedihnya

    Semalam,ahhh.. Semalam merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja-puja selama ini telah dirampas orang!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Nurlida.. Gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..

    Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie.. kenapa awek aku jugak yang kau kacau.. Nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..

    Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu.. Melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu.. Cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku.. Aku nekad.. Apa nak jadi, jadilah. Aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?.. Yaa KL.. aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana.

    Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal.. Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi.. Terima lah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf.. Ya, aku tahu.. Aku tahu, aku niii.... Aku niii.....









    cuma seekor kambing....


    So what?? Kambing tak buleh bercinta ke ha? ha?





    Last edited by rapunzel on Mon Jul 14, 2008 11:41 pm; edited 1 time in total


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Sun Jul 20, 2008 1:19 am

    SENYUM itu sedekah. so SENYUM LA SIKIT

    satu petang kambing sound ayam..
    "apalah ko ni ayam,baju lawa tapi tak pakai selipar.."

    ayam yang bengang jawab
    "ko lagi la....jaanggut panjang alim konon.....seluar taak pakai...tak malu!"



    ........................................................................................



    satu hari sedang sepasang lalat makan tahi tibe2 si isteri lalat b'suara
    "bang ,nape kite hari2 makan tahi?

    si suami pun menjawab
    "isshh..jangan cakap bende2 kotor mase makan........tak baik"



    ................................................................................................



    Dikisahkan..seorang buta bertanya kepada..aweknya yang sedang memimpin tangannya.
    " Sayang..betul ker sayang nie ikhlas..!!? "

    Lantas..aweknya menjawab..
    "Tentulah..saya sayang awak tau..!!"

    Kemudian, aweknya pula bertanya..
    " Awak rasalah.. saya nie..cantik tak?"

    Kemudian, si buta menjawab..
    " Saya tahu..kalau awak nie cantik tentulah awak takkan pilih saya yang buta nie sabagai pasangan..ehehe!!"



    ................................................................................................


    Sebelah kebun Pak Pandir ada kolam besar. Itik liar banyak. Pandir cuba nak tangkap, tak dapat. Pandir celup roti ke dalam kolam lalu makan.

    Pak Kadok nampak: "Kau buat apa?"

    Jawab Pandir: "Aku cicah roti dengan sup itik" Hah hah haaaaa


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Tue Jul 29, 2008 11:11 pm

    (-_-) Kelebihan duit kertas RM2 =)


    Ini satu informasi untuk orang yang pakai telefon Bimbit 1G or 2G mahupon 3G" Dengan menggunakan wang kertas dua ringgit sahaja anda boleh mendapatkan "full bar" untuk h/phone anda walaupun di mana anda berada. Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen utk "boost up" h/phone bar untuk line 013, 016, 019, 012, 017 dan banyak lagi.

    Caranya:

    Step 1 : Offkan h/phone.

    Step 2 : Lipatkan dan selitkan wang kertas RM2 yang telah dilipat menjadi sama size dengan bateri h/phone anda.

    Step 3 : Onkan h/phone anda dan periksa bar pada h/phone anda.

    Step 4 : Semasa h/phone anda on, pastikan ID. 10T tertera pada display h/phone anda.

    Step 5 : Your h/phone now will display full bar network
    coverage wherever u are.

    Important Note :- Sekiranya ID.10T tidak tertera pada
    display h/phone anda, sila periksa sebuah satellite yg besar di belakang wang kertas RM2 tersebut samada satellite tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

    Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk2 sikit h/phone anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong terjatuh yang mungkin menyebabkan bar h/phone anda tidak berubah.

    Kalau masih tidak berjaya hentakkan handphone di dahi anda 10 kali...
    mungkin tertera kod ID. Yang mana dah bertukar jadi IDIOT


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Fri Aug 08, 2008 4:59 pm

    CERITA AYAM YANG MACHO

    Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak
    di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5
    Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang
    umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel
    percintaan lak).

    Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati
    masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli
    seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan
    yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan
    si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
    hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu
    terjadi percakapan seperti ini :

    Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam
    betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

    Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan
    diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

    Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua
    bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn
    pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh
    nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan
    eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
    mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua
    ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

    Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita
    nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda
    membuat lawak loya beruk yer)

    Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari.
    Sambil tersenyum kambing,

    Si ayam jalak muda:Set

    Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku
    minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

    Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

    Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter
    baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra
    gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam
    jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
    Kenapa?????

    [jawapan ada di bawah]

    Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap
    kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK
    TUA AKU"

    NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,)
    HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...


    _________________

    AKU JIWA KOSONG
    The Judge
    The Judge

    Male
    Number of posts : 217
    Age : 25
    Location : ALOR STAR
    Job/hobbies : MAKAN,MINUM DAN TIDO
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-06-10

    Re: Cerita Lawak

    Post by AKU JIWA KOSONG on Sun Aug 10, 2008 2:26 am

    SPEAKING


    Penemuduga: Who are U?
    Rahman : V.(Lepas U mestilah V)
    Penemuduga: V? Okey, wjat do you want?
    Rahman : Two.(Lepas One mestilah Two)
    Penemuduga: Two? What do you meant?
    Rahman : Nun.(Lepas Min mestilah Nun)
    Penemuduga: Nun? Hei man, are you sick?
    Rahman : Err...seven sir.(Lepas Six, Seven la plak)
    Penemuduga: Arghhh!!! (Sambil menempeleng muka beliau sendiri sebanyak lapan
    ploh kali)
    Rahman : Heheh! Mesti dia stress sebab aku terel cakap omputih. (Sambil
    mengembang-ngempiskan hudungnya.)

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Thu Aug 14, 2008 8:53 pm

    Cikgu Garang

    Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?

    Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

    Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang
    dan malam awak doakan saya tak selamat?

    Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!

    Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

    Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!

    Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawab dengan cepat,lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?

    Murid-murid: Faham, cikgu!

    Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

    Murid-murid: (senyap)

    Cikgu: Pandai!

    Murid-murid: Bodoh!

    Cikgu: Tinggi!

    Murid-murid: Rendah!

    Cikgu: Jauh!

    Murid-murid: Dekat!

    Cikgu: Berjaya!

    Murid-murid: Usno!

    Cikgu: Salah!

    Murid-murid: Betul!

    Cikgu: Bodoh!

    Murid-murid: Pandai!

    Cikgu: Bukan!

    Murid-murid: Ya!

    Cikgu: Oh Tuhan!

    Murid-murid: Oh Hamba!

    Cikgu: Dengar ini!

    Murid-murid: Dengar itu!

    Cikgu: Diam!

    Murid-murid: Bising!

    Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

    Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

    Cikgu: Mati aku!

    Murid-murid: Hidup kami!

    Cikgu: Rotan baru tau!

    Murid-murid: Akar lama tak tau!

    Cikgu: Malas aku ajar kamu!

    Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

    Cikgu: Kamu gila!

    Murid-murid: Kami siuman!

    Cikgu: Cukup! Cukup!

    Murid-murid: Kurang! Kurang!

    Cikgu: Sudah! Sudah!

    Murid-murid: Belum! Belum!

    Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

    Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

    Cikgu: Oh! Melawan!

    Murid-murid: Oh! Mengalah!

    Cikgu: Kurang ajar!

    Murid-murid: Cukup ajar!

    Cikgu: Habis aku!

    Murid-murid: Kekal kami!

    Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

    Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

    Cikgu: Sudah, bodoh!

    Murid-murid: Belum, pandai!

    Cikgu: Berdiri!

    Murid-murid: Duduk!

    Cikgu: Saya kata USNO salah!

    Murid-murid: Kami dengar BERJAYA betul!

    Cikgu: Bangang kamu ni!

    Murid-murid: Cerdik kami tu!

    Cikgu: Rosak!

    Murid-murid: Baik!

    Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

    Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

    Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

    Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada.Cikgu itu pasti akan datang lagi.


    Sekian terima kasih


    _________________

    tester
    =no0B=
    =no0B=

    Female
    Number of posts : 71
    Age : 27
    Location : eEeEp0oOh
    heroes : raihan =P
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-06-02

    Re: Cerita Lawak

    Post by tester on Thu Aug 21, 2008 8:35 pm

    @wafa
    jgn ugut forum TEam
    mereka dijaga khas oleh admin


    @boya
    jgn ugut forum TEam
    mereka dijaga khas oleh admin

    @anip
    jgn double post!

    tester
    Forum Admin

    smtjs
    Forum Owner
    Forum Owner

    Male
    Number of posts : 444
    Age : 59
    Location : teknik jalan stadium
    Job/hobbies : administrator
    heroes : forum team
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-06-01

    Re: Cerita Lawak

    Post by smtjs on Wed Aug 27, 2008 11:02 pm

    otak seorang mat rempit

    Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan halal telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

    Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

    Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?".

    Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".


    _________________
    jika menghadapi sebarang masalah sila hubungi kami
    di:-
    smtjsonline@yahoo.com

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Tue Sep 02, 2008 5:41 pm

    nk merapu? sila ke chatbox[ruangan sembang]
    ruangan telah pun disediakan



    kalau tidak, anda di/ban king


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts : 344
    Age : 24
    Location : Alor Star
    Job/hobbies : Shopping
    heroes : Tom Cruise
    Reputation : 0
    Registration date : 2008-07-04

    Re: Cerita Lawak

    Post by c o k e l a t on Fri Sep 05, 2008 11:13 pm

    Najis Kecil, Najis Besar

    Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita.

    Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

    a) Cuba Mengucap
    b) Apa rukun dan fardunya.

    Berpeluh juga BEB.

    Pada
    cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan
    pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada
    kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.
    Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku
    tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin
    lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang
    tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2
    untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok
    kadi tanya.

    Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu
    besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang,
    dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi,
    bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi.
    Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

    Tok
    kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling
    kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je
    mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi
    je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi
    mula senyum...

    Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing
    ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.
    Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh
    kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air
    sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun
    sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah
    kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan
    air mata.

    Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh
    najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila
    pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan
    gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana
    ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.


    _________________

    Sponsored content

    Re: Cerita Lawak

    Post by Sponsored content Today at 4:40 am


      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 4:40 am