Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium

Sistem Register Kami Telah Dibaik Pulih.Harap Maaf Diatas Semua Kesulitan.

Teknik Jalan Stadium Oficcial Forum

    Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Share

    Guest
    Guest

    Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Fri Jun 13, 2008 11:59 am

    klu sesapa ada cerpen yg best,post ar cni..
    bleh la kongsi2 kn.. =)
    uhm...



    Such a Romantic Guy.. So SAD!

    one night where we camped with other friend. When i told him, he said yes, he would be my boyfriend.. So we went on like other girlfriend boyfriend. We watched movies, walked in the park, ate together, went to the beach....but life's not fun as when we were still best friend....he also doesn't talk much, or act like we are best friend, close and share everything...for me, he was not a suitable or loving boyfriend...but i kept it quitely in my own mind... But since the day he became my boyfriend, he would give me a small teddy bear every single day ...At first i thought it was lovely, but till now, i wonder why he would give me this... One day, i was walking alone at a park. Then i saw Jin talking to another girl. I walk toward him and i overheard hi m saying "i love u' to the girl. I was really angry and i ran home coz Jin never told me he loved me all the time since we'd been boyfriend and girlfriend. Then, at midnite that day, he came to my house and i opened the door. He just passed me the teddy bear that he used to give me everyday and said sorry coz i didn't give u this today. i was really angry and i shouted at him, "Why u always give me this crap? All i wanted to hear from u was, I love you, that's it, is it too hard???" Jin kept quiet. He took my hand and placed the teddy bear on my palm and left ..i threw the teddy bear into my cupboard. The next day, Jin asked me to meet him. We met at bus stop near my house.. i walked there and then he just gave me a big teddy bear,my anger was still in high position,and i threw the teddy to the middle of the road. He kept quiet and then he went to the middle of the road and picked the teddy up. He didn't realise a truck was coming towards him. I shouted at him not to pick it up but he was about look at me,and........................... *Bang*. "JIN!!!!!!" I shouted...the next minute he was lying on the road, covered with blood. He was sent to the hospital but it's too late... i had lost him...forever.... after attending his funeral, i went back home and i huged all the teddy bears he gave me since the day we became a couple...i counted the teddy bears one by one... 1...2....3...101...230....300..364...and the last teddy bear he gave covered with his blood was the 365th...it had been a year we bcome bfgf...i queeze the teddy bear with the tears flow....suddenly... *I love you~* *I love you~* i was shocked..i looked at the teddys...and i take one of it, and try to press on his tummy.. *I love you~* i tried each and every teddy bear he gave me... *I love you~* *I love you~* *I love you~* *I love you~* *I love you~* *I love you~*...................... and the biggest and the last teddy bear Jin gav me, I squeeze his big tummy... *felicia, today is our very first annivery being bfgf after a year.....i always love you, yesterday, today, and forever........I love you....* i dropped the teddy bear........ i never realised that Jin had actually told me those words..every single day....till today... i slowly picked the teddy and i whispered to the teddy's ear.. "i love you too, Jin..and i always did........"

    that you loved, Tell them "i'll love u more than i cud b.... i'll care about u more than i'm caring about myself... u're always the one in my heart.."


    Last edited by rapunzel on Thu Sep 11, 2008 6:11 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : multiple post.)

    Guest
    Guest

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Sun Jun 15, 2008 8:45 pm

    KECANTIKAN WANITA

    Petikan Motivasi Dr Tuah Iskandar
    Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

    Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

    Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

    Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal 'sepuluh inci'.

    Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

    Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah 'buatan' yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

    Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

    Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

    Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

    Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

    Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

    Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, 'Buta ke dia?'

    Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah
    satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya.

    Guest
    Guest

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Wed Jun 18, 2008 5:45 pm

    [SAYA IBU TERJAHAT DI DUNIA INI]

    Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini..., sebelum ajal menjemput ku...

    20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

    Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...

    Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu saja.

    Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya Hinggalah le satu malam... Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak... Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali... Dia melihat ke arah saya.

    Sambil tersenyum dia berkata,

    "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

    Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya,

    "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

    "Nama saya Eric, makcik."

    "Eric...? Eric... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???"

    Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!...

    Petang itu saya membawa kereta Civic biru saya berhenti di sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan.

    Beliau menatap wajah saya dan bertanya,

    "Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

    "Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak...

    Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric..Eric... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Eric di sana10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu...Gelap sekali...Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

    Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

    "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

    Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya,

    "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?"

    Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini ntukmu..."

    Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

    "Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Eric, ya? Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Eric. Bye, mama..."

    Saya menjerit histeria membaca surat itu.

    "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

    Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

    "Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di

    sana
    . Dosa kamu tidak akan terampun!"

    Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Tuhan. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Tuhan. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

    Guest
    Guest

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Wed Jun 18, 2008 6:27 pm

    dlm blog.. sila la jenguk masuk ---> http://18cutegurls.blogs.friendster.com/bdk_cute/


    nk cr pa2,tgk kt categories
    ---> 1.cerpen
    ---> 2.health
    ---> 3.madah
    ---> 4.music
    ---> 5.Personality
    ---> 6.Religion

    Guest
    Guest

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Thu Jun 19, 2008 5:14 pm

    BUAT SI GADIS YG MENINGKAT REMAJA
    sedihnye... kena baca bt pedoman...

    Subject: Kisah Benar



    Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang
    gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka
    berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun
    perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
    Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.Situasi
    ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru
    al-Quran.Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah
    meminta adik memakai tudung.Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga
    seringkali berlakupertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.


    Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak
    keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya
    pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai
    tudung.Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung
    pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang
    tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam
    tu!"


    Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya
    terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam
    Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa
    dengan hukumMu".


    Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah
    kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih
    kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak
    dapat dipastikan).Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah
    beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul
    desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar
    rumah,hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.


    Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada
    saya, "abang, betul ke 0rang yang baru pindah itu, isterinya
    buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau
    nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri"
    Rupa-rupanya adik
    mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah
    Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat
    perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.
    Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
    lesi......entah apa yangdah berlaku?


    Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan
    tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan
    panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur
    syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang
    ajaib..ya, saya katakana ajaib kerana dia berubah seratus
    peratus!


    Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang
    ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu
    arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah
    Islam(biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat
    ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan
    tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih
    menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
    menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit
    hati saya..


    Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
    kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan
    saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat
    hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di
    Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada
    Allah SWT agar adik
    di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


    Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
    berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke
    dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu
    lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu,


    "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir
    hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...


    Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya
    masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah
    diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik
    menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian
    diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada
    satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu
    timbul di hati ini*


    Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu
    khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri
    jiran kami itu.


    Butirannya seperti ini:

    Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas air mata)


    Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

    Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu
    datang dari lubuk hati

    Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
    cantik

    Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik
    Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang
    boleh menolaknya?

    Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

    Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki,segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah
    SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

    Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung
    yang kelakuannya tak elok..

    Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau
    makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

    Annisa : apakah hakikat tudung ?

    Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati
    kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
    pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung

    Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?]

    Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah
    kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha
    Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
    kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga
    mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

    Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
    dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada
    saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
    dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya
    dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan ,ketika
    tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan
    gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu
    tidak mempedulikan anaknya ,anak tidak mempedulikan ibunya,
    sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu
    sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
    berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
    berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing
    hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang
    berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam
    dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam
    rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang
    melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada
    yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti
    syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT
    murka.. belum pernah Allah SWT murka
    sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia
    dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara
    hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.


    Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak
    berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti
    kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa,
    Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . Allah
    SWT .

    Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini
    tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata
    yang jatuh dari pelupuk matanya..

    Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat

    tertera tulisan kecil dibawah tulisan

    itu "buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat
    lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu
    mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,
    wanita tidak pernah
    berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia
    sia"

    Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima
    adikku disisinya..Amin
    Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi
    kita semua. Wassalam...

    Wallahu A'lam....

    Fareez
    online gamerz!!
    online gamerz!!

    Male
    Number of posts: 73
    Age: 23
    Location: Langgar
    Job/hobbies: Student And Dota-ing
    Reputation: 0
    Registration date: 2008-06-01

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Fareez on Thu Jun 19, 2008 5:16 pm

    Good job sis.... Very Happy

    Guest
    Guest

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Wed Jun 25, 2008 2:33 pm

    mengerjakan haji tapi tak pernah dapat lihat kaabah!!

    Bacalah....sebagai peringatan kita bersama...



    Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material,mereka
    memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.

    ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik. Aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

    Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi dia terdiam.
    Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.

    Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

    Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil halal segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya.
    Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA.Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

    Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak
    kepadanya. Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan didekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah.
    Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil halal, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.

    Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah.
    Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperlakukan ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

    Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesohlehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud. Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya.Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

    Beruntung, sang Ibu mahu memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu,
    sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. "Anda harus berterus-terang kepada saya, karana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

    Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya.

    "Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu.

    "Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau halal," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia
    tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

    "Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan
    mereka."

    Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.

    "Astagfirullah......" betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak.
    bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak
    tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas.Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi."Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperanjat.

    "Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan!". ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apa lagi yang Anda kerjakan? "tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati."

    "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karana ada kerja sama dengan tukang sihir."

    "Maksudnya?" tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan
    benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

    "Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak hendak masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam.
    Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan.

    " Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Astagfirullah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan".Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji.

    Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda."

    Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi
    keluarga Hasan di Mesir.

    Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah,ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. "Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu.

    Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.

    Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu
    berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

    Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.

    Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

    Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang
    Mesir. Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya,"
    Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

    Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi
    pemakaman,terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

    Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

    Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa
    yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu
    meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

    Benar saja,tak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan
    ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

    Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita semua. Wang $50.000 atau $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi
    tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

    OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

    Guest
    Guest

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Tue Jul 01, 2008 7:10 pm

    Kasih Ibu


    Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak
    lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari
    keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya.

    Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

    Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih,
    seperti hilang akal sejenak. "Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti" Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

    "Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh,
    dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.......

    Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak
    kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.


    ----------------------------------------------------------------


    Hadis Nabi saw : "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"


    ----------------------------------------------------------------


    "Ustaz, saya ingin bertanya.. saya menjaga ibu saya yg uzur...saya membasuh kemaluan ibu saya.. bagaimana dgn puasa saya?..."

    Ustaz bertanya "Adakah saudara sudah berkahwin?"

    Pemanggil menjawab "Belum Ustaz"

    Ustaz menjawab "Paling kan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara"...

    Setelah connection putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu.


    Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh
    beruntunglah si ibu yg melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

    Guest
    Guest

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by Guest on Fri Jul 04, 2008 1:07 pm

    Adakah saya dah cukup cantik?

    Helena : Hai
    Zack : Urm.. Hye
    Helena : Saya ada sesuatu nk beritahu awak.
    Zack : Apa?
    Helena : Saya betul2 sukakan awak dan saya.... Saya dah mula cIntakan awak!
    Zack : Okey..
    Helena : Apa yg awak maksudkan dengan ' okey ' ??

    Zack : Saya tak suka la awak macam ni!
    Helena : Kenapa??
    Zack : Saya tak boleh nak beritahu awak sekarang,maybe another time..


    Sejak hari itu, Helena sentiasa bertanya kepada Zack. Dia ingin tahu kenapa setiap kali dia tanya soalan yang sama Zack akan menjawap "saya akan beritau awak nanti-nanti"

    Lama-kelamaan...

    Helena mula rasa kecewa dan berputus asa.


    Helena : Saya dah penat dgn semua ni.. Tolonglah beritahu saya kenapa awak tak suka kat saya? please!! apa salah saya?
    Zack : Awak betul2 nak tau sebab apa?
    Helena : Ya...
    Zack : SEBAB awak tak CANTIK! Muka awak tak LAWA! Saya tak nak keluar atau couple dengan perempuan tak LAWA macam awak ni!
    Helena : Tapi.. saya
    Zack : Boleh tolong diam tak? Lebih baik awak jgn muncul depan saya lagi. Saya tak suka dengan awak! Awak tak LAWA!!!


    Tanpa ada perasaan kesian, Zack meninggalkan Helena keseorangan disitu dan Helena menangis kerana teramat kecewa dengan layanan yang diberikan oleh Zack yang tanpa menghiraukan perasaannya yang telah terluka.

    Tidak lama kemudian, Handphone Helena berbunyi...


    Helena : Hello ?
    IBu : Sayang.. Ibu nak Helena balik rumah ok? Ibu akan balik kerja beberapa jam lagi
    Helena : Baik bu
    IBu : Ibu sayang Helena
    Helena : Helena pun sayangkan Ibu
    IBu : Bye
    Helena : Bye


    Helena pun melangkah pulang ke rumah dengan perasaan yang masih sarat dengan kesedihan yang dialaminya.. Tanpa disedari olehnya, Helena sudah pun berada di dalam bilik air dan dia melihat dirinya ke dalam cermin. Helena termenung sejenak memerhati wajahnya.. "sebab awak tak cantik !! awak tak lawa !! saya tak nak keluar atau couple dengan perempuan yangg tak lawa mcam
    awak !!" ...masih terngiang2 kata2 Zack sebentar tadi.


    Helena
    mula melakukan sesuatu di mukanya. Dia ingin membuktikan sesuatu pada Zack. Dia tau apa yg sepatutnya dia buat. Dua jam kemudian, Ibu Helena pulang ke rumah. Rumah kelihatan sunyi seperti tiada orang.

    Ibu mencari Helena lalu terdengar bunyi air di bilik air, terlihat olehnya air mula melimpah keluar dari pintu bilik air.. ibu cuba mengetuk pintu bilik air tersebut.

    Ibu : Sayang...are u ok?

    Ibu Helena membuka pintu bilik air dan terkejut melihat air yg melimpah dari bath tub penuh dengan warna merah. Ketika ibu menarik tirai mandi, ibu menjerit.


    Disitu, di dalam bath tub tersebut, anak gadisnya telah mati dengan mukanya yang seperti ditoreh2 dengan pisau. begitu juga di pergelangan tangannya. Lalu Ibu berlari keluar rumah untuk meminta pertolongan dari jiran-jiran dan jirannya masing2 meminta bantuan polis dan ambulans.
    Di cermin bilik air, terdapat sehelai kertas kecil yg dilekat oleh Helena sebelum dia membunuh diri.

    " Adakah saya dah cukup cantik sekarang ?? "

    Moral of the story:

    Takde sape yg berhak atau patut menerima sesuatu pengakuan seperti itu.


    Maksudnya,
    takde sape yg dapat menerima alasan seperti itu! Janganla kita
    menilai keindahan atau kecantikan seseorg tu melalui rupa paras sahaja.

    Apa yg lagi penting.. HATI dan personaliti seseorg.
    Apa perasaan anda kalau anda dberitau seperti itu oleh org yg anda sayangi ? kecewa kan ?

    "awak ni tak lawa la! tak hansem la! tak kaya la! buruk! selekeh! buat malu keluar ngan awak!"

    camner? suka?

    So.. menyintailah seseorg tu kerana hatinya, &personality dalamannya, bukan rupa paras yg menjdi ukuran.

    rupa paras tak menjanjikan apa2.
    dah tua nnti, ilangla sgala kecantikkan atau kehenseman seseorg itu..

    Dan janganlah berputus asa diatas muka bumi ini yang hanya bersifat sementara. Semuanya adalah ujian dariNYA untuk mencari insan2 yg terpilih. Betapa pedihnya seksa dan azab yang akan dirasakan oleh orang-orang yang melencong dari bimbingan Allah di akhirat nanti.

    wafa
    saya top spammer xD
    saya top spammer xD

    Female
    Number of posts: 610
    Age: 23
    Reputation: 0
    Registration date: 2008-06-02

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by wafa on Fri Jul 04, 2008 7:51 pm

    Wow!!
    cerita yg sgt menarik..
    i like it...
    good job apricot...
    cerita yg bgus utk d amek iktibar...

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts: 344
    Age: 22
    Location: Alor Star
    Job/hobbies: Shopping
    heroes: Tom Cruise
    Reputation: 0
    Registration date: 2008-07-04

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t on Sat Jul 05, 2008 9:03 pm

    Part 1
    KISAH SEORANG ISTERI

    Assalamualaikum...
    Kisah Seorang Isteri

    HannaN memerhatikan jam didinding,sudah dekat pukul 12.00
    malam,argh..dia lambat lagi malam ini.Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

    2.00 pagi. "HannaN,HannaN bangun sayang". HaiQal mengejutkan isterinya.

    "Eh!abang dah balik,maaf HannaN tertidur,abang nak makan?" tanya HannaN.

    "Tak per lah abang dah makan tadi,Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan HannaN.

    "Arrggh rindunya HannaN pada abang,rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa HannaN masak hari ni,ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah HannaN dalam hati.

    "Abang naiklah dulu HannaN nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta HannaN sambil menuju ke dapur.

    Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. HannaN ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar,tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. HannaN menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok
    gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

    Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya
    telah terlelap.

    "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra,tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada HannaN", bisik hati kecilnya.

    Aargghh rindunya HannaN pada abang." HannaN rindu nak peluk abang, HannaN nak kucup abang,HannaN rindu abang".

    Selesai solat subuh HannaN panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia,dipanjangkan jodohnya dengan HaiQal tercinta,diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai.Selesai menjalankan amanat
    itu,HannaN kejutkan HaiQal,manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang.HannaN keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

    "Assalamualaikum",sapa HaiQal yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

    "Waalaikumsalam,sayang".HannaN cuba bermanja sambil menambah,

    "abang nak kopi atau teh?" HannaN tetap kecewa apabila HaiQal hanya meminta air sejuk sahaja,dia ada 'presentation' dan hendak cepat,mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati HannaN dan tergesa-gesa keluar dari rumah.HannaN menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu

    "Abang,HannaN belum cium tangan abang,abang belum kucup dahi HannaN", kata HannaN selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya HannaN pada abang.

    "Qal,semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

    "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab HaiQal acuh tak acuh.

    "Wow dasyat kau,kalah kami yang bujang ni,woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.

    "Apa nak buat,lepas aku siapkan plan tu,aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak,sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur."Balas HaiQal.

    "Sorrylah aku tanya,sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat,hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing,kau ada masalah dengan HannaN ke?" Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah,sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

    "Entahlah Zek,aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah,bukan aku bencikan HannaN,kami tak bergaduh tapi entahlah". terang HaiQal.

    "Well,aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau,aku nak dengar semuanya,tapi bukan sekarang.Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

    "Ok."Ringkas jawapan HaiQal sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

    HannaN membuka kembali album kenangan itu.Tersenyum dia bila
    melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan HaiQal.Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat.Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan.

    Saat-saat sebegini HannaN teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada,akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang,dia tidak punya sesiapa.HannaN menangis sepuas hatinya.5 tahun menjadi suri HaiQal,bukan satu tempoh yang pendek.HannaN bahagia sangat dengan HaiQal,cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.

    HannaN sedar perubahan itu,dan dia tidak salahkan HaiQal.Makin laju air matanya mengalir.

    "Abang sanggup menerima HannaN,abang tidak menyesal?".tanya HannaN 5 tahun yang lepas.

    "Abang cintakan HannaN setulus hati abang,abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan HannaN dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat HannaN,".Janji HaiQal.

    "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya HannaN lagi.

    "Syyy...doktor pun manusia macam kita,yang menentukan Allah,
    Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", HaiQal meyakinkan HannaN.

    HannaN masih ingat saat itu,apabila dia menerangkan pada HaiQal dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 % sahaja.Tapi HaiQal yakin HannaN mampu memberikannya zuriat.Tapi,itu suatu masa
    dahulu,selepas 5 tahun,HannaN tidak salahkan HaiQal sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana HannaN masih belum mampu memberikannya zuriat.Walaupun HannaN sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan
    kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya HannaN pada abang.


    -------------------------------------------------

    p/s ; nnty kn smbungannya


    Last edited by rapunzel on Fri Sep 05, 2008 11:37 pm; edited 3 times in total


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts: 344
    Age: 22
    Location: Alor Star
    Job/hobbies: Shopping
    heroes: Tom Cruise
    Reputation: 0
    Registration date: 2008-07-04

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t on Sun Jul 06, 2008 5:12 pm

    Part 2
    KISAH SEORANG ISTERI


    ----------------------------------------------------------

    "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek,sebenarnya aku tidak salahkan HannaN,dia tidak minta semuanya berlaku,isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal,tapi..." ayat HaiQal terhenti disitu.

    "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.

    "Bukan macam tu,aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja, sunyi,tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah,aku rasa simpati pada dia,tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya",terang HaiQal.

    "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri.

    "Entahlah Zek,aku tak kata aku menyesal,sebab aku yang pilih dia,aku tahu perkara ni akan berlaku,cuma mungkin aku terlalu berharap,dan akhirnya aku kecewa sendiri.Dan aku tidak mahu menyalahkan HannaN sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini,dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas HaiQal.

    "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah,

    "apa kata korang ambil saja anak angkat?"

    "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek,kau tak faham.Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising,mereka suruh aku kahwin lagi,tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek.Aku tak sanggup". Ujar HaiQal.

    ----------------------------------------------------------

    HannaN masih menanti,selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan,membeli belah,atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua HaiQal dikampung.Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia.Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri.Dia tidak punya ibu,maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk
    mereka,itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk
    menjahit.Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa
    pulang ke kampung suami tersayangnya.Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung,tapi kini...aarghh rindunya HannaN pada abang.

    HannaN tahu HaiQal pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing,dan hari ini sekali lagi HannaN menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada HaiQal.HannaN masih tidak menaruh syak pada HaiQal,dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk HaiQal bila dia pulang malam nanti,tapi HannaN takut dia kecewa lagi.Arghh tak apalah,demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya HannaN pada abang.

    ----------------------------------------------------------

    "So you dah tahu i dah kahwin,tapi you masih sudi berkawan dengan I,kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya HaiQal pada Humayra yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.

    Sejak itu Humayra menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

    "I ikhlas HaiQal,dan I tak kisah kalau jadi yang kedua,I dah mula sayangkan you". HUmayra berterus terang.

    Lega hati HaiQal,tapi HannaN?

    ----------------------------------------------------------


    p/s ; nantikan sambungan seterusnya


    Last edited by rapunzel on Fri Sep 05, 2008 11:34 pm; edited 3 times in total


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts: 344
    Age: 22
    Location: Alor Star
    Job/hobbies: Shopping
    heroes: Tom Cruise
    Reputation: 0
    Registration date: 2008-07-04

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t on Mon Jul 07, 2008 8:18 pm

    Part 3
    KISAH SEORANG ISTERI


    ----------------------------------------------------------

    "Abang...HannaN tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu HannaN pagi tu,sebelum HaiQal ke pejabat.

    "Ye ker? Ambil duit ni,nanti HannaN call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar HannaN ni." jawapan HaiQal yang betul-betul
    membuatkan HannaN mengalirkan air mata.

    Tidak seperti dulu-dulu,kalau HannaN sakit demam HaiQal sanggup
    mengambil cuti,bersama-sama menemani HannaN. Arrgg rindunya HannaN pada abang.

    Disebabkan HannaN terlalu sedih dan kecewa,dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua biji panadol,dia terus berbaring.Sehingga ke petang,badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk,kepalanya berdenyut-denyut.HannaN menangis lagi.Malam tu, seperti biasa HaiQal pulang lewat setelah menemani Humayra ke majlis harijadi kawannya.HannaN masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada HaiQal.

    Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini,rindu pada
    manusia yang ada didepan mata setiap hari.Aargh rindunya HannaN pada abang.

    Apabila HaiQal selesai mandi dan tukar pakaian,HannaN bersedia untuk membuka mulut,ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu,dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

    "Abang,HannaN nak cakap sikit boleh?" HannaN memohon keizinan seperti kelazimannya.

    "HannaN,dah lewat sangat esok sajalah,abang letih," bantah HaiQal.

    "Tapi esok pun abang sibuk jugak,abang tak ada masa,dan abang akan balik lambat,HannaN tak berpeluang abang". ujar HannaN dengan lembut.

    "Eh..dah pandai menjawab,"perli HaiQal.

    Meleleh air mata HannaN,dan HaiQal rasa bersalah dan bertanya apa yang HannaN nak bincangkan.

    "Kenapa abang terlalu dingin dengan HannaN sejak akhir-akhir ni? Tanya HannaN.

    "HannaN,abang sibuk kerja cari duit,dengan duit tu,dapatlah kita bayar duit rumah,duit kereta,belanja rumah dan sebagainya faham?" HaiQal
    beralasan.

    HannaN agak terkejut,selama ini HaiQal tak pernah bercakap kasar dengan dia,dan dia terus bertanya,

    "dulu Abang tak macam ni,masih ada masa untuk HannaN,tapi sekarang?" Ujar HannaN.

    "Sudahlah HannaN abang dah bosan,pening,jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah HaiQal lagi.

    "Sampai hati abang,abaikan HannaN,HannaN sedar siapa HannaN, HannaN tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong,tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan HannaN terus bercakap dengan sedu sedan.

    "Sudahlah HannaN abang dah bosan,jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka.Bosan betul..."

    Pagi tu,HaiQal keluar rumah tanpa sarapan,tanpa bertemu HannaN dan tanpa suara pun.HannaN makin rindu pada suaminya,demamnya pula kian menjadi-jadi.Malam tu HaiQal terus tidak pulang ke rumah,HannaN menjadi risau,telefon bimbit dimatikan,HannaN risau,dia tahu dia bersalah,akan dia memohon ampun dan maaf dari HaiQal bila dia kembali.HannaN masih menanti,namun hanya hari ketiga baru HaiQal muncul dan HannaN terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi HaiQal hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja.

    HannaN kecil hati dan meminta HaiQal pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama HaiQal.HaiQal sekadar mengangguk.Tetapi malam tu HannaN kecewa lagi.HaiQal pulang lewat malam.demam HannaN pulak makin teruk,dan esoknya tanpa ditemani HaiQal dia ke klinik,sebab sudah tidak tahan lagi.

    ----------------------------------------------------------

    p/s ; nantikan sambungan seterusnya


    Last edited by rapunzel on Fri Sep 05, 2008 11:34 pm; edited 3 times in total


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts: 344
    Age: 22
    Location: Alor Star
    Job/hobbies: Shopping
    heroes: Tom Cruise
    Reputation: 0
    Registration date: 2008-07-04

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t on Tue Jul 08, 2008 6:04 pm

    Part 4
    KISAH SEORANG ISTERI

    ----------------------------------------------------------

    Abang pulanglah abang,pulanglah HannaN ingin beritahu perkhabaran ini,pulang abang,doa HannaN.HannaN kecewa tapi masih menanti,bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi,dia menelefon ke pejabat.Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

    "Syukurlah HannaN kau telefon aku,ada perkara aku nak cakap ni,boleh aku jumpa kau? tanya Zikri

    "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang,mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak HannaN.

    Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan HannaN itu. Setianya kau perempuan,bisik hatinya.

    "Oklah kalau macam tu,aku pergi rumah kau,aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri

    "Ok,kalau macam tu tak apalah,aku pun dah lama tak jumpa mak kau,last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju HannaN.

    ----------------------------------------------------------

    "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti.

    HannaN hanya tersenyum penuh makna,dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik".

    Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.Zikri serba salah.

    "HannaN,aku anggap kau macam saudara aku,aku tak tahu macam mana nak mulakan,aku harap kau tabah dan tenang,sebenarnya HaiQal dalam proses untuk berkahwin lagi satu,dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni,kau tanyalah dengan HaiQal dan bincanglah,cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri

    HannaN menangis semahunya dibahu Mak Siti,rasa hampir luruh jantung
    mendengarkan penjelasan itu.Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
    gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna.HannaN menantikan HaiQal sehingga ke pagi,namun dia masih gagal.Dua hari kemudian HaiQal pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting,dan masa ini HannaN bertekad untuk bertanya.

    "Ya betul apa yang HannaN dengar tu,dan kami akan langsungkan jugak,dan abang takkan lepaskan HannaN,itu janji abang,mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan HannaN,kerana mereka juga sayangkan HannaN,dan HannaN kena faham abang inginkan zuriat sendiri,

    walau apa pun persiapan sedang dibuat,abang janji takkan abaikan HannaN." Janji HaiQal.

    HannaN sayu mendengar,dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata.Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. HannaN terlalu kecewa.

    ----------------------------------------------------------

    HaiQal masih menanti diluar,rasa amat bersalah bersarang dikepala,sejak HannaN pengsan dan mengalami pendarahan.Doktor dan jururawat keluar masuk.Dia masih resah.

    "Insya-Allah En.HaiQal,dua-dua selamat".terang doktor pada HaiQal.

    "Dua-dua apa maksud doktor? tanya HaiQal

    "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu,tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh,saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran,tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

    "Ya Allah..HannaN mengandung,Ya Allah berdosanya aku pada HannaN,kesal HaiQal.Malu rasanya untuk menatap muka HannaN. "

    Kenapa HannaN tak bagi tahu abang yang HannaN mengandung? kesal HaiQal.

    "HannaN memang nak bagitau abang tapi,bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan lain, HannaN tak sampai hati bang,HannaN tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas HannaN.

    "HannaN sebenarnya,abang belum bertunang dengan budak tu,abang cuma sekadar berkawan sahaja.Belum pernah abang bincangkan soal kahwin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji HaiQal.

    Kesal kerana mengabaikan HannaN yang mengandung itu, membuatkan HannaN risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hopital,dan mujur jugak HannaN pengsan dihalaman,dapat dilihat orang.

    ----------------------------------------------------------


    p/s ; nantikan sambungan seterusnya


    Last edited by rapunzel on Fri Sep 05, 2008 11:34 pm; edited 2 times in total


    _________________

    c o k e l a t
    Junior Administrator
    Junior Administrator

    Female
    Number of posts: 344
    Age: 22
    Location: Alor Star
    Job/hobbies: Shopping
    heroes: Tom Cruise
    Reputation: 0
    Registration date: 2008-07-04

    Re: Cerpen.Cerpen.Cerpen

    Post by c o k e l a t on Tue Jul 08, 2008 6:19 pm

    Part 5 [Final episod]
    KISAH SEORANG ISTERI


    ----------------------------------------------------------

    "Mama kenapa mama buat tu,biarlah mak yang buat," marah HaiQal bila melihatkan HannaN cuba menyapu lantai.

    Sejak keluar hospital hari tu,mertua dia meminta supaya HannaN tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.


    "Ala Papa ni,biarlah mama buat sikit sajalah."balas HannaN.

    Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.Dengan pengawasan rapi doktor,yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan,dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan,doktor mengarahkan supaya HannaN hanya berehat di hospital,supaya senang mengawasi HannaN dan andainya apa-apa berlaku HannaN akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.Setiap hari HannaN akan dilawati oleh HaiQal. HannaN amat bahagia,ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,amat berharga kehadiran dia nanti,sebab itulah HannaN sanggup tinggal di hospital,sanggup menelan berjenis ubat,sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.

    Kandungan sudah di penghujung 7 bulan,HannaN amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya.Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.Doktor makin teliti menjaga HannaN, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah,dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila HannaN mengalami pertumpahan darah yang serius,lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.HaiQal tiba bersama ibu dan ayahnya,dia panik sekali,namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya.

    Hampir 1 jam berlalu,apakah khabarnya HannaN di dalam sana. HaiQal makin risau,setengah jam kemudian doktor keluar.HaiQal meluru...

    "doktor bagaimana isteri saya?",HaiQal terus bertanya.

    "Sabar,kami telah cuba sedaya upaya,tahniah anak encik selamat,encik dapat anak perempuan,seberat 2.1 kilogram,dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan NurHannaN ." terang doktor.

    "Apa maksud doktor? Tanya HaiQal yang sudah tidak sabar.

    "Begini,dia kehilangan banyak darah,kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu,dan masih berusaha,namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

    "Buatlah doktor,saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

    ----------------------------------------------------------

    "Ermmm...lekanya dia sampai terlena." tegur HaiQal sambil membelai dan mengusap kepala Nur JannaH yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan HannaN.

    HannaN hanya tersenyum.Hari ni genap seminggu usia JannaH.Nur HannaN masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur JannaH buah hatinya.Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu.Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu,hatinya terlalu sepi,semalam dia mimpikan arwah ibunya,datang menjenguk dia dan JannaH,tanpa suara, ibunya hanya tersenyum.Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.

    Hari ini HannaN menjadi seorang perindu,dia rindukan ibunya,dan diceritakan perkara itu pada HaiQal.

    "Mungkin mak HannaN datang tengok cucu dia,dan dia amat gembira".pujuk HaiQal menenangkan HannaN.

    "Abang...tolong HannaN bang!!" laung HannaN dari bilik air.

    "Ya Allah HannaN kenapa ni? HaiQal ketakutan.

    "Mak...tolong mak...makkkkkkkkkkk" HaiQal menjerit memanggil emaknya didapur.

    "Cepat,bawak pergi hospital,cepat HaiQal" perintah Mak Zaharah.

    ----------------------------------------------------------

    "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan,terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa,dia terlalu lemah dan akhirnya dia "dijemputNya", terang doktor.

    Terduduk HaiQal mendengarkan hal itu.Jenazah selamat dikebumikan.JannaH seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nur HannaN lagi.JannaH menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu,seorang ibu yang bersusah payah,bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya.Demi membahagiakan papanya,demi membahagiakan neneknya.JannaH terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata,tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu.Semua terpaku dan terharu, HaiQal mendukung JannaH dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

    ----------------------------------------------------------

    Abang yang HannaN rindui,

    Abang...maafkan HannaN kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang.Saat abang membaca surat ini,mungkin HannaN sudah jauh meninggalkan abang,HannaN tak harapkan HannaN akan selamat melahirkan anak ini,tapi HannaN harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada HannaN.Itu harapan HannaN bang.....

    HannaN masih ingat,rumah tangga kita hampir runtuh kerana HannaN tidak mampu memberikan zuriat buat abang,tapi bang,kali ni doa HannaN dimakbulkan,dan untuk itu,biarlah HannaN menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.

    Saat HannaN menulis surat ini,HannaN masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini.Baby kita makin nakal bergerak bang,tapi HannaN bahagia merasa tiap tendangan dia abang,HannaN bahagia,cukuplah saat manis ini HannaN dan dia.HannaN rasakan setiap pergerakannya amat bermakna,dan andainya ditakdirkan HannaN hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja HannaN redha bang.

    Siapalah HannaN untuk menolak ketentuanNya.HannaN tak mampu abang.Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa HannaN untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang HannaN cintai dan kasihi selamanya.

    HannaN redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, HannaN redha,kerana Allah telah memberikan HannaN sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita HannaN harap abang redha sebagaimana HannaN redha.


    Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada HannaN untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.Andai apa yang HannaN takutkan terjadi,dan bayi ini dapat diselamatkan HannaN
    harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang.HannaN harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu.Cuma satu HannaN
    harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

    Seumur hayat HannaN,HannaN tak pernah meminta sesuatu dari abang,dan kini,inilah permintaan HannaN,janjilah dengan HannaN yang anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

    Abang yang HannaN rindui...

    Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai,HannaN ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang,tapi HannaN tak berkesempatan, dan walaupun kini HannaN tiada lagi,tapi HannaN nak abang tahu yang... HannaN rindukan abang......HannaN rindu sangat dengan abang.....rindu abang... rindu sangat....

    Sekian,Salam Sayang,
    Ikhlas dari HannaN isterimu
    Nur HannaN Bt. Abdullah

    HaiQal melipat kembali surat itu,yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nur HannaN ...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....HannaN....abang juga rindukanmu sayang..bisik hati HaiQal.

    -----------------

    SAUJANA Alam.. Damai di latifah RABBANI.. Seindah persahabatan ini.. SeUNIC pertemuan antara kita.. SeINTEAM ikatan ukhwah.. Moga kekal selamanya DEHEARTY


    Renungkanlah ¦ bekunya air mata dari kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa ¦ banyaknya dosa dari lupanya mati€ ¢â’ ¦ lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia ¦

    Sebagai makhluk kita hanya mampu untuk bertahan seketika€ ¢â’ ¦ Walaupun dugaan yang datang tidak sehebat mana...Saki baki air mata masih bersisa€ ¢â’ ¦ Tapi kita masih ada TUHAN PENCIPTA¦

    Aku ingin hidup secerah mentari yang menyinar di taman hatiku
    Aku ingin segala-galanya damai penuh mesra membuah ceria
    Sedamai pantai yang memutih sejernih embunan kasih ¦

    Cinta agung cinta ilahi ¦


    Last edited by rapunzel on Fri Sep 05, 2008 11:34 pm; edited 3 times in total


    _________________

      Current date/time is Wed Oct 22, 2014 5:31 am